Dunia teknologi sekarang telah banyak berubah dan banyak membantu kita untuk merakam moment moment yang berlaku di sekeliling kita. Di alam fotografi, camera, video, drone, handphone memainkan peranan yang penting di dalam menghasilkan imej yang berkualiti dan dapat di simpan untuk tatapan di masa hadapan.

Keupayaan untuk menyimpan imej-imej tersebut di dalam bentuk digital telah menyebab kan lambakan informasi (information overload) sehingga kadang kala adalah sangat sukar untuk kita menyimpan dan apatah lagi untuk mencarinya semula. Terdapat banyak kemudahan data storage seperti pen-drive, hard disk, cloud-storage yang dapat menyimpan beribu-ribu (malahan berjuta-juta) imej yang di hasilkan. Begitu juga kita dapat menyimpan hasil imej imej tersebut di dalam bentuk percetakan.

Maka ada beberapa saranan yang boleh di aplikasikan. Salah satunya adalah dengan mencetak semula imej-imej yang sesuai. banyak kaedah boleh digunakan untuk mencetak imej-imej tersebut seperti kemudahan applikasi ‘cloud’ photobook (adalah antara yang popular), mengunakan applikasi ‘off-the-shelf’ atau mengunakan perkhidmatan fotographer untuk menghasilkan kenangan anda